Setujukah kalian kalau saya kata 3 perkara yang menentukan pencapaian hidup seseorang adalah:
SIKAP
MINAT
MOTIVASI
???
Setiap dari kita memerlukan 3 elemen ini untuk jadi yang TERBAIK, dan yang TERHEBAT dalam apa jua bidang yang kita ceburi atau dalam menjalankan tanggungjawab kita. betul betul? Seorang pelajar harus bertanggungjawab untuk belajar bukan? Itu satu amanah. Guru amanahnya adalah mengajar. Seorang tukang jahit, polis, doktor, pembantu makmal, tukang gunting, tukang masak, usahawan; semuanya ada amanah masing-masing. Jika motivasinya adalah untuk menambah nilai pada diri dan orang lain, insyaAllah pasti berjaya menjalankan amanah ini dengan cemerlang. ANDA HEBAT & BERJAYA!
#Menyambung catatan perkongsian ikon-ikon IJI dan Dr. Azizan Osman.
Untuk hidupkan hidup kita ini, beri perhatian adalah kecenderungan/minat kita. PASSION. Satu kecenderungan yang sangat tinggi terhadap sesuatu perkara yang mana emosi akan disertakan bila kita melakukannya.
Emosi sangatlah 'power'. Bak kata DAO, Emosi akan mencetus tindakan@movement.
BERI PERHATIAN pada 'passion' kita. Untuk apa? PASSION tersebut akan beri satu driving force yang sangat kuat sehingga mampu menjadikan kita PAKAR dalam perkara tersebut. Kita takkan rasa jemu untuk mendalami dan menguasai minat kita itu. DAO kata, 3 tanda untuk kenal 'passion' kita adalah:
- Tak Makan, Tak Minum pun TAK PA
- Willing to do WHATEVER It takes!
- FREE pun dia buat perkara itu ;)
It might takes time to identify our true passion. DAO kata kalau kita 'blur', buat ja dulu apa yang kita tahu, apa yang kita ada. "Like what you do first, do what you like later".
Dah lama-lama nanti, insyaAllah jumpa passion yang sebenar dan teruskan belajar dan berusaha untuk MASTER dalam perkara itu :) Contoh, kalau sekarang, yang kita tahu adalah buat laksa, jadikan diri kita 'PAKAR' dalam LAKSA. segala jenis/ isu/masalah/fakta tentang laksa semua dihujung jari.. Hatta kalau tahu buat tart nenas ke, goreng pisang ke, tapai ke, menulis blog ke, tak pun kalau tahu jaga kucing ke, jadikan diri 'PAKAR' dalam perkara tersebut. boleh boleh?
Ini lah kunci JUTAWAN INDUSTRI. Bila kita pakar dalam perkara itu, kita boleh tambah 'nilai' pada orang lain. faham faham? :)
Moga memberi manfaat.
#Setakat ini, saya dah jumpa passion saya. Alhamdulillah. Anda bagaimana? Next post will be about my passion, insyaAllah. Sama-sama berdoa agar kita menjadi pakar dalam minat/bidang yang kita ceburi.