Sunday 13 October 2013

Streak Plate dan Maknanya untuk Saya (Part 1)

Kali ini, terasa ingin berkongsi tentang satu lagi tugas saya sebagai lab tech.. Tugas ni memang saya minat :) iaitu membuat 'streak plate'.

Ok, dalam bahasa inggeris yang mudahnya adalah to spread/streak a loopful of bacteria culture over the surface of an agar plate. Mahasiswa saintis dan microbiologist mesti dah pro kan :)


Inilah agar platenya. Mengandungi nutrien yang diperlukan untuk bakteria ni hidup. Benda panjang itu namanya inoculation loop - digunakan untuk transfer dan spread bakteria atas agar plate.


Tujuan kita nak spreadkan bakteria ni adalah untuk dapatkan isolated pure colonies of bacteria. Lepas spread/streak, plate-plate ini akan masuk incubator. Masa nak masuk incubator, plate-plate ini sekali pandang memang macam plate kosong.. Kalau tenung sungguh-sungguh, baru nampak bayang-bayang line yang kita streak. Lepas 24 jam, barulah nampak hasilnya.. Inilah antara contoh hasilnya yang saya dapat.. Ada E.coli, Klebsiella, S.aureus. Bulat-bulat kecil itulah isolated colony yang diambil untuk further research atau experiment.

Kalau diimbas masa 2nd year dulu, hanya prepare beberapa plate sahaja. Tapi kali ini, alhamdulillah syukur. Puas rasa dapat streak lebih dari 150 plate :) Dulu, bila buat streak plate ja rasa agak down sebab plate tu contaminated.. atau bacteria grow dengan cara yang pelik-pelik, dan tak cantik patternnya. Lagi sedih bila tengok plate tu kosong.. bacteria tak grow. :( Basically sebab teknik tak cukup betul. Aisyy, sedih pun sedih, kelakar pun ada :)

Tu yang cuak sungguh sebenarnya bila kena buat streak plate baru-baru ini. Hari pertama buat dalam 90-100 plate. Sungguh, waktu tu memang banyak kali kata kat diri, percaya kat diri, yakin kat Allah. Malam itu, saya menggunakan the power of visualisation. Sungguh, saya yakinkan diri saya dengan membayangkan sambil berdoa Allah izinkan bakteria-bakteria itu hidup.  Alhamdulillah, syukur sangat-sangat esoknya E.coli, S.aureus dan Klebsiella hidup. Kalau tak, mahunya 'pembaziran' plate akan berlaku.


Alhamdulillah.. Itulah the power of doa, the power of believe and the power of visualization :)

Percaya pada diri, Yakin  pada Allah! Moga hari terus cemerlang!

Part 2 insyaAllah akan disambung kemudian..:)

Zulhijjah: Antara Syukur dan Harapan

Assalamualaikum, Salam Zulhijjah,; bulan yang penuh kelebihan:)

Sedar tak sedar, Zulhijjah tiba.. bulan yang terakhir dalam kalendar Islam. Alhamdulillah.

Antara syukur dan harapan... Allah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya setiap amal, usaha, kejayaan, kegagalan, kesabaran dan ujian yang kita hadapi sepanjang tahun ini dan sepanjang hidup kita. Jangan risau. Semuaanya tercatat seperti yang dijanjikan Allah. (99: 6-7) Allahu.. sekali lagi. Antara syukur dan harapan. Moga semuanya dalam redha Allah selalu.

Ayuh usaha, kekal positif! :) Moga hidup ini terus 'hidup' dan menuju ke arah redha-Nya!

Alhamdulillah, hari ini 9 Zulhijjah. Hari Arafah. InsyaAllah ramai yang berpuasa pada hari ini. Waktu ini, jemaah haji sedang wukuf di padang Arafah. Sebahagian pendapat mengatakan inilah tempat di mana Nabi Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan setelah diturunkan dari syurga. Allahurabbi.. saat ini, kita boleh bayangkan betapa melimpahnya tetamu-tetamu Allah di sana mengerjakan rukun haji ini. Menghidupkannya dengan bermuhasabah bersungguh-sungguh, mengharapkan ampunan Allah atas dosa-dosa, membaca Al-Quran, berzikir, bertakbir, bertalbiah dan sebagainya.

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). 

InsyaAllah hari ini adalah hari yang terbaik untuk memperbanyakkan doa. Ayuh! kita juga di sini sama-sama berdoa dan selitkan juga doa agar kita dijemput ke sana. 



Moga hari ini terus cemerlang!



Friday 4 October 2013

Sungguh.. Putera Katak dan Lalat itu Berjasa

Alhamdulillah..

Ada masa sikit untuk bercerita pengalaman dan kenangan sebagai TO :)

Buat sementara waktu ini, saya bekerja sebagai Technical Officer (Biology) di universiti saya. Bahasa lainnya adalah sebagai Lab Technician atau pembantu makmal. Tugas utamanya adalah menyediakan semua bahan-bahan, alatan, bacteria dan hidupan untuk pelajar-pelajar membuat eksperimen mereka. Termasuklah menuai biji barli, pergi ke tasik dan longkang untuk mencari Cik Paramecium, membiakkan dan membekukan beratus-ratus Encik Drosophila Melanogaster dan menyediakan berekor-ekor Putera Katak untuk pelajar-pelajar bedah. Drosophila Melanogaster tu  kalau nak tahu, dalam bahasa mudahnya ialah lalat buah / fruit flies.

Sedikit teruji.

Fuhh. Tugas yang paling mencabar, part sediakan katak. Allahurabbi... masa tu, dah la saiznya besar yang teramat.. 30 ekor pulak tu...  Part paling mencabar diri ialah perlu memegang dan me'lekatkan' katak-katak yang dimatikan itu satu persatu di atas papan belahnya. Macam Fear Factor pun ada. Fear Factor la sangat kan... Kalian mungkin tak rasa apa-apa. Tapi untuk saya, agak mencabar diri sendiri. Tak tipu. Sahabat-sahabat coursemate saya boleh imbau kembali saat-saat membelah katak ya.. :)

Sungguh.. katak itu berjasa. Jadi model untuk saya dan pelajar-pelajar belajar. Kalau dapat yang besar saiznya, lagi best! lebih jelas dan besar lah segala anatominya. Bila teringat balik, jantung, paru-paru, gastrointestinal gut, dan salur-salur darah tu semuaaaaa buat saya sebak. Berjasa sungguh  dia menjadi model untuk seorang muslim lebih mengenal dirinya. Allahurabbi.. bila lihat anatomi dan organ-organ katak pun dah hebat dan awesome, apatah lagi anatomi dan sistem badan kita. Subhanallah. Allahuakbar. Tak terkata. 

Bersyukurlah kita.


Sedikit cerita berkenaan Drosophila.

Saiz Drosophila amatlah kecil. Tapi jasa dia dalam bidang genetik sangatlah besar. Maha Suci Allah. Allah menentukan lalat kecil ini menjadi model yang sangatlah membantu dalam mengkaji kesan perubahan-perubahan genetik terhadap appearance. Dari dulu sampai sekarang drosophila ni jadi model untuk kaji kesan perubahan dan perbezaan genetik @mutation terhadap appearance sesuatu organisma/hidupan. MasyaAllah.. kagum. Kuasa Allah.. Tengok sekali nampak semua sama ja.. Tapi bila bawah mikroskop, dapatlah saya tengok lalat-lalat yang bermata putih, merah, peach, kuning, kepak pendek, tak da kepak, badan kuning dan macam-macam lagi. Semuanya ada kisah sains yang tersendiri. Hebat ilmu Allah.

Pokoknya, jangan disia-siakan benda atau usaha yang kecil kerana ia mampu beri impak yang besar. :)

## Streak plate; insyaAllah lain kali saya cerita :)





Thursday 3 October 2013

Percaya pada Diri, Yakin pada Allah

Bismillah..

Kali ini ingin saya kongsikan kata-kata daripada dua orang ikon hebat. Kata-kata mereka ini  sangatlah positif dan selalu membuatkan saya lebih yakin dan tenang dalam bertindak.

"Percaya pada diri, yakin pada Allah". (Dr. Azizan Osman, IJI 2013)

Kata-kata Dr. Azizan tu sangat berkait dengan kuasa pemikiran atau The Power of Believe. Teringat masa program seminar IJI, sungguh-sungguh beliau nak setiap orang di dalam dewan itu percaya yang semuanya boleh jadi jutawan industri. Sungguh, beratus-ratus kali rasanya ayat ini keluar dari mulut kami. "Anda jutawan industri!". "Anda kaya dan berjaya!".  

Sejujurnya, mula-mula tu, saya nak sebut pun takut. Saya Jutawan industri. Jutawan kot... perasaan ragu-ragu dan tak yakin tu mulalah datang. Bermain-main. Boleh ke ek? Biar betul? Aisyy.. Sejujurnya, saya bermujahadah juga untuk melepaskan diri dari rasa ragu-ragu dan takut itu.

Teringat kembali fakta yang dilontarkan oleh DAO, halangan yang terbesar, terhebat untuk seseorang itu 'move' dan berjaya, adalah...... DIRI SENDIRI. betul betul?

Saaangat betul. Kan?

Allahurabbi, kadang-kadang kita mungkin sedar dan kadang-kadang kita mungkin tak sedar, perang yang paling hebat adalah berperang dengan diri sendiri. Betul betul ?
Nak bangkit dari kegagalan, nak siapkan semua assignment, nak beri masa untuk solat dan Al-quran, berperang dengan nafsu tidur untuk bangkit qiyamullail dan subuh, nak menghadapi interview, nak memulakan bisnes; SEMUA ini memerlukan kekuatan. Hatta saya nak start berblog ni pun saya ragu-ragu pada awalnya. rasa tak yakin. kelakar kan? tapi Alhamdulillah, saya berjaya lepas.. dan insyaAllah, blog ini akan dimanfaatkan :)

Pendek kata, hajat, matlamat dan impian kita; semuanya perlukan usaha, perlukan mujahadah. Betul betul? Kadang-kadang perasaan tu dah ada, tapi ada 'angin-angin' yang tak diundang datang.. contoh macam angin "Malas la...", "nanti la.." "boleh ke ek?"  mula membayu-bayu.

Antara faktor utama kegagalan dalam mengejar matlamat dan kejayaan adalah.. procrastination atau bertangguh. Betul betul? Tapi faktor penghalang yang lebih besar daripada itu sebenarnya adalah perasaan teragak-agak, ragu-ragu dan takut. Mungkin ada juga yang takut untuk berimpian. Macam saya.. masa awal-awal IJI.. takut dan ragu-ragu untuk membayangkan yang saya ini bakal jutawan.

Padahal, SEMUA orang layak untuk mempunyai impian dan cita-cita, BOLEH berjaya mecapainya, BOLEH jadi jutawan, BOLEH jadi seperti apa yang kita impikan. Kan?

It's all about managing doubt and fear. Betul tak? InsyaAllah saya sedang bermujahadah dan insyaAllah
akan terus bermujahadah menyelesaikam tanggungjawab dan impian yang dilakarkan..

Kalau rasa tak kuat, rasa ragu-ragu.. kalian mesti tahukan apa yang nak dibuat. Allah kan ada... Tiada jalan yang lebih utama selain dari kita meminta pada yang Maha Memberi. Allah.. Kita mohon pada Allah kekuatan untuk berusaha,  rezeki masa dan kesihatan, kebijaksanaan akal, bersyukur dan bersabar.  Allah Maha Mengetahui apa harapan dan impian kita, apa hajat kita. Kan?

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, Surah Qaaf ayat 16.


Dan Allah itu adalah menurut sangkaan hambanya.

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

"Mintalah kepadaKu, nescaya akan aku MAKBUKLKAN permintaanmu". Petikan dari al-Quran, 2: 186

Banyak lagi benda dan matlamat belum kita capai. banyak lagi benda yang perlu dibuat lebih dari masa yang kita ada. betul kan? Mudah-mudahan kita terus percaya pada diri dan berusaha ke arah matlamat kita; dengan keyakinan dan kebergantungan pada Allah.

InsyaAllah.

Moga hari ini terus cemerlang!=)







Wednesday 2 October 2013

Mereka dan Minat Saya

Hari ini, 2 Oktober; bermulalah perjuangan adik lelaki saya, Muhammad Fadhil b. Nordin di medan PMR. Ya Allah.. Berilah ilham sebanyak-banyaknya dan permudahkanlah adikku dalam menjawab.. Mak kata, abah selalu  bacakan Surah Yaasin bila anak-anaknya exam. Mak pula selalunya akan berpuasa setiap hari sampailah anak-anaknya habis exam. Ya Allah.. Rahmatilah mereka..

Bermulalah juga perjuangan Habib Daniel, Puteri Humaira Azlan, Hani Nazifah, Kamal, Fikri, dan Azhar.

Alhamdulillah.. Allah mempertemukan saya dengan mereka. Habib berjiran dengan saya. Kamal, Fikri dan Azhar; mereka semua kawan-kawan Habib.

Puteri Humaira pula anak kepada bekas bos saya sewaktu Internship di Geneflux Bioscience. Hani Nazifah adalah sepupunya. Alhamdulillah atas perancangan Allah menemukan saya dengan mereka :)

Peluang dan ruang untuk saya 'memberi' dan 'menambah nilai' pada mereka melalui minat saya :) 

Mungkin ada kenalan-kenalan saya yang tahu minat saya terhadap Matematik.. Sungguh, saya sangatlah minat dengan subjek ini dari kecil sampai besar, dari sekolah ke universiti. Walaupun sekarang saya graduan Bioteknologi yang asyik berlegar-legar dalam dunia teknologi merubah DNA dan genetik, insyaAllah minat dan PASSION saya terhadap matematik takkan pudar. Cehh ^-^

Saya yakin ramai yang macam saya- passionate dengan matematik. Tak kisahlah sama ada Modern Maths atau Additional Maths. betul betul? ;)

Dan saya juga yakin ada yang kecut perut dengan matematik. ramai juga yang tak minat matematik. Kan ? Tak pa, lain kali insyaAllah saya menulis lagi bab-bab kecut perut ni dan mungkin tips untuk mengurangkannya. Lain kali ya.

Kali ini,  yang ingin saya luahkan ialah rasa bersyukur sangat Allah. Sejak awal tahun ni, Allah bagi peluang untuk saya ajar Habib dan Humaira. Ajar Maths pulak tu. Fuuhh.. My Passion. MATEMATIK! 

Hani, Fikri, Kamal dan Azhar pula saya baru ja jumpa baru-baru ni. Sungguh saya rasa tak puas lagi ajar mereka berempat ini. Seronok sangat rasa bila berkongsi ilmu yang saya ada dengan mereka. Berkongsi macam mana saya memahami sesuatu konsep dan formula dengan mereka. Saya mengajar adik-adik ni time petang atau malam. Lepas saya habis kerja. Walaupun agak penat, tapi.. Fuhh. Puas rasa! =) Rasa puas bila tengok adik-adik ni boleh jawab soalan dan bersemangat nak belajar maths.

Pejam celik, pejam celik. Dah mula dah PMR.. 8 Oktober nanti adik-adik ni berjuang untuk Maths. Ada lagi baki-baki masa untuk saya berusaha membantu mereka. Biiznillah. InsyaAllah akan saya lakukan dengan sedaya yang mungkin.

Sejujurnya, setiap kali saya mengajar dan bersama-sama dengan adik-adik ni, saya sangatlah teringat pada adik saya, Fadhil. Saya tahu adik saya agak lemah jatuh dalam kategori 'kecut perut' dengan subjek Matematik. Atas komitmen yang ada, amatlah jarang saya balik ke Johor untuk ajar adik saya sendiri. Sungguh, rasa serba salah. Kadang-kadang rasa nak menangis. Tapi tu la... Saya pegang satu ja. What you give, you will get back. 

Sungguh.. saya cuba ajar Habib, Humaira, Hani, dan yang lain sebaik-baiknya dan sedaya yang mungkin. Mereka ni dah macam adik saya. Seolah-olah saya ajar adik kandung saya sendiri. dengan doa dan harapan supaya kat Johor sana, ada insan-insan atau kawan-kawan Fadhil yang tolong ajarkan dia dan mudah-mudahan dia cemerlang dalam subjek ini. What you give, you will get back. 

Sesungguhnya, saya nak sangat mereka cemerlang dalam Matematik dan subjek-subjek lain. Cemerlang sebagai seorang pelajar Muslim dan dapat gembirakan ibu bapa mereka dengan kecemerlangan ini. Saya doakan mereka cemerlang.

Saya tahu mereka tak baca post ini tapi tetap juga ingin saya ucapkan, Selamat berjuang untuk Habib, Humaira, Hani, Kamal, Azhar dan Fikri! Moga Allah memudahkan semuanya. Fadhil, doa akak untuk Fadhil insyaAllah tak putus..

Jom doakan kecemerlangan untuk mereka!, moga-moga doa kebaikan itu kembali pada kita semula.:)

Take home message: What you give, you will get back. :)
Moga hari terus cemerlang!

#Belum puas lagi rasanya meluahkan passion saya terhadap maths. InsyaAllah nanti saya sambung lagi^^.



Monday 30 September 2013

Tips untuk 'hidup'kan hidup: RAIKAN MINAT @ PASSION

Setujukah kalian kalau saya kata 3 perkara yang menentukan pencapaian hidup seseorang adalah:
SIKAP
MINAT  
MOTIVASI 
??? 

Setiap dari kita memerlukan 3 elemen ini untuk jadi yang TERBAIK, dan yang  TERHEBAT dalam apa jua bidang yang kita ceburi atau dalam menjalankan tanggungjawab kita. betul betul? Seorang pelajar harus bertanggungjawab untuk belajar bukan? Itu satu amanah. Guru amanahnya adalah mengajar. Seorang tukang jahit, polis, doktor, pembantu makmal, tukang gunting, tukang masak, usahawan; semuanya ada amanah masing-masing. Jika motivasinya adalah untuk menambah nilai pada diri dan orang lain, insyaAllah pasti berjaya menjalankan amanah ini dengan cemerlang. ANDA HEBAT & BERJAYA!


#Menyambung catatan perkongsian ikon-ikon IJI dan Dr. Azizan Osman.
Untuk hidupkan hidup kita ini, beri perhatian adalah kecenderungan/minat kita. PASSION. Satu kecenderungan yang sangat tinggi terhadap sesuatu perkara yang mana emosi akan disertakan bila kita melakukannya.

Emosi sangatlah 'power'. Bak kata DAO, Emosi akan mencetus tindakan@movement.


BERI PERHATIAN  pada 'passion' kita. Untuk apa? PASSION tersebut akan beri satu driving force yang sangat kuat sehingga mampu menjadikan kita PAKAR dalam perkara tersebut. Kita takkan rasa jemu untuk mendalami dan menguasai minat kita itu. DAO kata, 3 tanda untuk kenal 'passion' kita adalah:

  • Tak Makan, Tak Minum pun TAK PA
  • Willing to do WHATEVER It takes!
  • FREE pun dia buat perkara itu ;)

It might takes time to identify our true passion. DAO kata kalau kita 'blur', buat ja dulu apa yang kita tahu, apa yang kita ada. "Like what you do first, do what you like later"

Dah lama-lama nanti, insyaAllah jumpa passion yang sebenar dan teruskan belajar dan berusaha untuk MASTER dalam perkara itu :) Contoh, kalau sekarang, yang kita tahu adalah buat laksa, jadikan diri kita 'PAKAR' dalam LAKSA. segala jenis/ isu/masalah/fakta tentang laksa semua dihujung jari.. Hatta kalau tahu buat tart nenas ke, goreng pisang ke, tapai ke, menulis blog ke, tak pun kalau tahu jaga kucing ke, jadikan diri 'PAKAR' dalam perkara tersebut. boleh boleh?

 Ini lah kunci JUTAWAN INDUSTRI. Bila kita pakar dalam perkara itu, kita boleh tambah 'nilai' pada orang lain. faham faham? :)

Take home message: PASSION akan membawa kepada kePAKARan.




Moga memberi manfaat.

#Setakat ini, saya dah jumpa passion saya. Alhamdulillah. Anda bagaimana? Next post will be about my passion, insyaAllah. Sama-sama berdoa agar kita menjadi pakar dalam minat/bidang yang kita ceburi.

It's now or NEVER.


Assalamualaikum semua. Salam Ukhuwah, Salam Mujahadah :)

Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan, Allah gerakkan tangan ini menulis. 
Alhamdulillah.

Salam Perkenalan:)

Sejujurnya, dari dulu....dulu...dulu.. sampailah hari khamis lepas, saya tak pernah terasa nak berblog. Sebab, hati cakap, "status fb pun jarang update, inikan pula nak berblog". Selalu rasa tak sempat. Mungkin juga sebab tak mempunyai 'driving force' yang kuat. Dan tiada PASSION dalam menulis. 

Tapi sejak mengikuti Seminar Intensif Jutawan Industri, 27 - 29 September lepas, driving force datang! :) So, It's now Or Never. Alhamdulillah, hari ini saya mulakan medium ini.

Sungguh Dr. Azizan sangatlah menekankan bab kuasa bersyukur dan berkongsi. insyaAllah ini medium baru untuk saya. Dr. Azizan kata, facebook dan blog, dua-dua media sosial yang 'power' sebagai  tempat berkongsi. tapi blog lebih terpelihara hak ciptanya. betul betul? Saya Setuju :) Blog lebih tersusun dan boleh dilabel post-postnya. InsyaAllah dari semasa ke semasa, akan saya kongsikan catatan perkongsian pengalaman dan ilmu dari Dr. Azizan dan semua speaker yang hadir pada seminar IJI ini. 


Catatan pertama:

  • FAST ACTION, FAST RESULTS
  • MASSIVE ACTION, MASSIVE RESULTS
  • sLOW aCTION, NO RESULTS! :(


Moga tulisan ini memberi makna.


#My First Attempt