Assalamualaikum, Salam Zulhijjah,; bulan yang penuh kelebihan:)
Sedar tak sedar, Zulhijjah tiba.. bulan yang terakhir dalam kalendar Islam. Alhamdulillah.
Antara
syukur dan harapan... Allah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya
setiap amal, usaha, kejayaan, kegagalan, kesabaran dan ujian yang kita
hadapi sepanjang tahun ini dan sepanjang hidup kita. Jangan risau. Semuaanya
tercatat seperti yang dijanjikan Allah. (99: 6-7) Allahu.. sekali lagi.
Antara syukur dan harapan. Moga semuanya dalam redha Allah selalu.
Ayuh usaha, kekal positif! :) Moga hidup ini terus 'hidup' dan menuju ke arah redha-Nya!
Alhamdulillah, hari ini 9 Zulhijjah. Hari Arafah. InsyaAllah ramai yang berpuasa pada hari ini. Waktu ini, jemaah haji sedang wukuf di padang Arafah. Sebahagian pendapat mengatakan inilah tempat di mana Nabi Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan setelah diturunkan dari syurga. Allahurabbi.. saat ini, kita boleh bayangkan betapa melimpahnya tetamu-tetamu Allah di sana mengerjakan rukun haji ini. Menghidupkannya dengan bermuhasabah bersungguh-sungguh, mengharapkan ampunan Allah atas dosa-dosa, membaca Al-Quran, berzikir, bertakbir, bertalbiah dan sebagainya.
"Tiada
hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya
memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
InsyaAllah hari ini adalah hari yang terbaik untuk memperbanyakkan doa. Ayuh! kita juga di sini sama-sama berdoa dan selitkan juga doa agar kita dijemput ke sana.
Moga hari ini terus cemerlang!
No comments:
Post a Comment