Friday, 4 October 2013

Sungguh.. Putera Katak dan Lalat itu Berjasa

Alhamdulillah..

Ada masa sikit untuk bercerita pengalaman dan kenangan sebagai TO :)

Buat sementara waktu ini, saya bekerja sebagai Technical Officer (Biology) di universiti saya. Bahasa lainnya adalah sebagai Lab Technician atau pembantu makmal. Tugas utamanya adalah menyediakan semua bahan-bahan, alatan, bacteria dan hidupan untuk pelajar-pelajar membuat eksperimen mereka. Termasuklah menuai biji barli, pergi ke tasik dan longkang untuk mencari Cik Paramecium, membiakkan dan membekukan beratus-ratus Encik Drosophila Melanogaster dan menyediakan berekor-ekor Putera Katak untuk pelajar-pelajar bedah. Drosophila Melanogaster tu  kalau nak tahu, dalam bahasa mudahnya ialah lalat buah / fruit flies.

Sedikit teruji.

Fuhh. Tugas yang paling mencabar, part sediakan katak. Allahurabbi... masa tu, dah la saiznya besar yang teramat.. 30 ekor pulak tu...  Part paling mencabar diri ialah perlu memegang dan me'lekatkan' katak-katak yang dimatikan itu satu persatu di atas papan belahnya. Macam Fear Factor pun ada. Fear Factor la sangat kan... Kalian mungkin tak rasa apa-apa. Tapi untuk saya, agak mencabar diri sendiri. Tak tipu. Sahabat-sahabat coursemate saya boleh imbau kembali saat-saat membelah katak ya.. :)

Sungguh.. katak itu berjasa. Jadi model untuk saya dan pelajar-pelajar belajar. Kalau dapat yang besar saiznya, lagi best! lebih jelas dan besar lah segala anatominya. Bila teringat balik, jantung, paru-paru, gastrointestinal gut, dan salur-salur darah tu semuaaaaa buat saya sebak. Berjasa sungguh  dia menjadi model untuk seorang muslim lebih mengenal dirinya. Allahurabbi.. bila lihat anatomi dan organ-organ katak pun dah hebat dan awesome, apatah lagi anatomi dan sistem badan kita. Subhanallah. Allahuakbar. Tak terkata. 

Bersyukurlah kita.


Sedikit cerita berkenaan Drosophila.

Saiz Drosophila amatlah kecil. Tapi jasa dia dalam bidang genetik sangatlah besar. Maha Suci Allah. Allah menentukan lalat kecil ini menjadi model yang sangatlah membantu dalam mengkaji kesan perubahan-perubahan genetik terhadap appearance. Dari dulu sampai sekarang drosophila ni jadi model untuk kaji kesan perubahan dan perbezaan genetik @mutation terhadap appearance sesuatu organisma/hidupan. MasyaAllah.. kagum. Kuasa Allah.. Tengok sekali nampak semua sama ja.. Tapi bila bawah mikroskop, dapatlah saya tengok lalat-lalat yang bermata putih, merah, peach, kuning, kepak pendek, tak da kepak, badan kuning dan macam-macam lagi. Semuanya ada kisah sains yang tersendiri. Hebat ilmu Allah.

Pokoknya, jangan disia-siakan benda atau usaha yang kecil kerana ia mampu beri impak yang besar. :)

## Streak plate; insyaAllah lain kali saya cerita :)





No comments:

Post a Comment