Bismillah..
Kali ini ingin saya kongsikan kata-kata daripada dua orang ikon hebat. Kata-kata mereka ini sangatlah positif dan selalu membuatkan saya lebih yakin dan tenang dalam bertindak.
"Percaya pada diri, yakin pada Allah". (Dr. Azizan Osman, IJI 2013)
Kata-kata Dr. Azizan tu sangat berkait dengan kuasa pemikiran atau The Power of Believe. Teringat masa program seminar IJI, sungguh-sungguh beliau nak setiap orang di dalam dewan itu percaya yang semuanya boleh jadi jutawan industri. Sungguh, beratus-ratus kali rasanya ayat ini keluar dari mulut kami. "Anda jutawan industri!". "Anda kaya dan berjaya!".
Sejujurnya, mula-mula tu, saya nak sebut pun takut. Saya Jutawan industri. Jutawan kot... perasaan ragu-ragu dan tak yakin tu mulalah datang. Bermain-main. Boleh ke ek? Biar betul? Aisyy.. Sejujurnya, saya bermujahadah juga untuk melepaskan diri dari rasa ragu-ragu dan takut itu.
Teringat kembali fakta yang dilontarkan oleh DAO, halangan yang terbesar, terhebat untuk seseorang itu 'move' dan berjaya, adalah...... DIRI SENDIRI. betul betul?
Saaangat betul. Kan?
Allahurabbi, kadang-kadang kita mungkin sedar dan kadang-kadang kita mungkin tak sedar, perang yang paling hebat adalah berperang dengan diri sendiri. Betul betul ?
Nak bangkit dari kegagalan, nak siapkan semua assignment, nak beri masa untuk solat dan Al-quran, berperang dengan nafsu tidur untuk bangkit qiyamullail dan subuh, nak menghadapi interview, nak memulakan bisnes; SEMUA ini memerlukan kekuatan. Hatta saya nak start berblog ni pun saya ragu-ragu pada awalnya. rasa tak yakin. kelakar kan? tapi Alhamdulillah, saya berjaya lepas.. dan insyaAllah, blog ini akan dimanfaatkan :)
Pendek kata, hajat, matlamat dan impian kita; semuanya perlukan usaha, perlukan mujahadah. Betul betul? Kadang-kadang perasaan tu dah ada, tapi ada 'angin-angin' yang tak diundang datang.. contoh macam angin "Malas la...", "nanti la.." "boleh ke ek?" mula membayu-bayu.
Antara faktor utama kegagalan dalam mengejar matlamat dan kejayaan adalah.. procrastination atau bertangguh. Betul betul? Tapi faktor penghalang yang lebih besar daripada itu sebenarnya adalah perasaan teragak-agak, ragu-ragu dan takut. Mungkin ada juga yang takut untuk berimpian. Macam saya.. masa awal-awal IJI.. takut dan ragu-ragu untuk membayangkan yang saya ini bakal jutawan.
Padahal, SEMUA orang layak untuk mempunyai impian dan cita-cita, BOLEH berjaya mecapainya, BOLEH jadi jutawan, BOLEH jadi seperti apa yang kita impikan. Kan?
It's all about managing doubt and fear. Betul tak? InsyaAllah saya sedang bermujahadah dan insyaAllah
akan terus bermujahadah menyelesaikam tanggungjawab dan impian yang dilakarkan..
Kalau rasa tak kuat, rasa ragu-ragu.. kalian mesti tahukan apa yang nak dibuat. Allah kan ada... Tiada jalan yang lebih utama selain dari kita meminta pada yang Maha Memberi. Allah.. Kita mohon pada Allah kekuatan untuk berusaha, rezeki masa dan kesihatan, kebijaksanaan akal, bersyukur dan bersabar. Allah Maha Mengetahui apa harapan dan impian kita, apa hajat kita. Kan?
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” Surah Qaaf ayat 16.
Dan Allah itu adalah menurut sangkaan hambanya.
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
"Mintalah kepadaKu, nescaya akan aku MAKBUKLKAN permintaanmu". Petikan dari al-Quran, 2: 186
Banyak lagi benda dan matlamat belum kita capai. banyak lagi benda yang perlu dibuat lebih dari masa yang kita ada. betul kan? Mudah-mudahan kita terus percaya pada diri dan berusaha ke arah matlamat kita; dengan keyakinan dan kebergantungan pada Allah.
InsyaAllah.
Moga hari ini terus cemerlang!=)
Bestnya. Awak ni awak bg semangat kat saya. ><
ReplyDelete